AKTIVITI BULAN PATRIOTISME

16 Ogos 2009

AKTIVITI BULAN PATRIOTISME

1. Buletin Sejarah

Mengedarkan Buletin Sejarah SMKBBU kepada semua guru dan pelajar pada hari Isnin (waktu perhimpunan) selama 4 minggu berturut-turut. Buletin SejarahSMKBBU akan diterbitkan sebanyak 4 edaran. Pelajar diminta menampal serta menyimpan Buletin tersebut didalam buku/fail nota sejarah.
Klik gambar


2. Pengkisahan Tokoh Sejarah

Pelajar-pelajar telah dikenalpasti untuk melakonkan watak tokoh sejarah seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Maharaja Lela serta Rentap dan dalam pada masa yang sama guru akan membacakan biodata tokoh-tokoh terbabit. Aktiviti ini akandijalankan sewaktu majlis.
Klik gambar

3. Nyanyian Koir

Pelajar-pelajar 3 Simfoni dan 3 Orkestra telah pun menjalani sesi latihan nyanyian Lagu yang dipilih adalah lagu patriotik iaitu “Cemerlang Gemilang Terbilang”. Aktiviti ini akan dijalankan sewaktu majlis perasmian. Klik gambar

4. Pertandingan Kelas Patriotik

Terbuka kepada semua kelas sesi pagi dan petang. Pemenang akan dipilih berdasarkan usaha dan daya kreatif pelajar menghias kelas dengan bercirikan patriotik seperti bendera, gambar tokoh atau yang berkaitan. Klik gambar

5. Pertandingan Membuat “Kollum” Bendera

Terbuka kepada semua pelajar India yang berminat. Pelajar diminta membuat Kollum bercorak bendera (seni tradisi kaum India menghias lantai dengan menggunakan beras berwarna-warni). Aktiviti ini akan dijalankan pada hari Jumaat (sewaktu program Membudaya Al-Quran)
Klik gambar


6. Pertandingan Teka Silang Kata


Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1. Aktiviti dijalankan di dalam kelas guru akan menyediakan soalan dan pelajar diminta menyelesaikan tekasilangkata. Andai terdapat pemenang lebih dari satu sistem undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang..



7. Pertandingan Kuiz Bertulis


Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 2. Aktiviti dijalankan di dalam kelas guru akan menyediakan soalan dan pelajar diminta mencari jawapan . Andai terdapat pemenang lebih dari satu sistem undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang..



8. Pertandingan Buku Skrap


Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 3. Pelajar yang telah menyiapkan Kerja Khusus Sejarah, akan dipilih hasil kerja yang terbaik dan diumumkan sebagai pemenang.


9. Pertandingan Menulis Esei Tokoh Sejarah


Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4. Pelajar diminta untuk menulis esei mengenai tokoh sejarah sebagai kerja rumah. Esei yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.



10. Pertandingan Kuiz Bertulis Kenegaraan


Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 5. Aktiviti dijalankan di dalam kelas guru akan menyediakan soalan dan pelajar diminta mencari jawapan . Andai terdapat pemenang lebih dari satu sistem undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.



11. Pertandingan Mencari Harta Karun ( Treasure Hunt)


Terbuka kepada semua pelajar. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Pelajar diminta menjawab soalan mengenai pengetahuan sejarah di setiap ‘check point’. Kepantasan kumpulanyang berjaya sampai ke ‘check point’ terakhir dikira sebagai pemenang.



12. Pertandingan Dikir Barat Patriotik


Terbuka kepada pelajar tingkatan 4. Pelajar diminta menyanyikan Dikir Barat secara berkumpulan. Lirik lagu mestilah bertemakan patriotik. Kumpulan yang berjaya menyampaikan persembahan dengan menarik dan bercirikan patriotik ak
an dipilih sebagai pemenang.

0 ulasan:

Catat Ulasan